29 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniProgram Literasi Komputer dan Usahawan Giatmara CLP (Cellular Phone Repair)
Pada 25,26,27 & 28 Februari 2019 bertempat di Giatmara Kangar, Perlis telah berlangsung Program Literasi Komputer dan Usahawan Giatmara CLP (Cellular Phone Repair) Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat dan memupuk nilai usahawan dalam kalangan peserta. Antara kelas yang di ajar oleh staf PI kepada para pelajar Giatmara sepanjang 4 hari diadakan adalah Kelas Usahawan, Online Marketing, Facebook Account & Page, Creating Presentation Slide, Product Photography, Video Recording, Video Editing, Creating Blog, How to create poster, How to use WhatsApp in Businesses dan How to use Instagram in Businesses.
Menerusi aktiviti ini, para peserta terutama golongan belia dapat memanfaatkan ilmu yang dibelajar tersebut apabila mereka ingin menjadi usahawan samada sambil belajar atau setelah tamat belajar. Selain itu, peserta dapat menambahkan pengetahuan tentang cara untuk menjafi usahawan dan menggunakan media sosial sebagai medium untuk mempromosikan produk masing-masing. Justeru, melalui program seperti ini juga dapat mempromosikan Pusat Internet kepada bidang pendidikan tinggi serta berkongsi pengetahuan dan kemahiran dan membina hubungan baik di antara pihak pengurusan PI dan institusi pendidikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: